Thursday 25 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN DI KELANTAN



Lokasi hotel yang sangat strategik iaitu di tepi sungai Kelantan menjadikan Hotel Grand Riverview ini hotel paling popular di sini. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah kolam mandi. Sememangnya sesuai dijadikan penginapan seisi keluarga mahupun urusan perniagaan. Hotel ini juga paling kerap digunakan bagi pelbagai urusan rasmi dalam negeri mahupun antarabangsa. Facebook rasmi Hotel Grand Riverview juga antara facebook hotel yang paling aktif menawarkan pelbagai promosi dan aktiviti.

AKTIVITI YANG MENARIK DI KELANTAN

Nature & Adventure di Kelantan – Bahagian 2 (Mendaki Gunung Stong)

Gunung Stong sememangnya sangat terkenal bagi pencinta alam semulajadi menikmati flora dan fauna yang belum tercemar dari pembangunan. Juga sangat popular sebagai destinasi eko-pelancongan di Malaysia.
Kawasan perkemahan di sini mampu menambung beratus-ratus orang dalam satu-satu masa


Nature & Adventure di Kelantan – Bahagian 1 (Cabaran Meneroka Gua-Gua)

Komplek Gua Ikan adalah sebuah ikon eko-pelancongan di Dabong.Di sini, terdapat beberapa buah gua yang berdekatan. Difahamakan gua-gua disini berusia 150 juta tahun.Pelbagai rahsia khazanah alam tersimpan seperti sejarah ketamadunan serta mitos orang tempatan.
Wakaf Che Yeh

Usai makan malam, penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.  Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.

MAKANAN YANG MENARIK DI KELANTAN


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.



Nasi Tupe atau nasi tumpang merupakan sejenis makanan tradisional Kelantan. Ia merupakan sejenis nasi bungkus yang mempunyai nasi lembut macam nasi himpit, tapi dibungkus dengan daun pisang berbentuk kon. Dalam kon dicampur dengan lauk serta sambalnya sekali.



Kuih akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Akok berlauk mempunyai bentuk tekstur berspan

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tinjau Tambatan Di Raja.


tok-bali

Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Ada yang kata ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia.Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong. 


Taman Air Splash di Taman Indera Petra Kelantan

Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.


Pantai Cahaya Bulan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.


Pintu Utama Taman Tengku Anis

Taman Tengku Anis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu. Kira-kira 5Km dari pusat bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kelantan (JKKN) dan juga berhampiran Tutti Frutti di Queens Park Boulevard.

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

BIODATA SYARIKAT




NAMA SYARIKAT : BONZER TRAVEL and TOURS

ALAMAT SYARIKAT : KG BANGGOL CHE MUSA JALAN MERANTI
                                         17000 PASIR MAS KELANTAN

NO.TEL : 0145436853

EMAIL :BONZERTRAVEL&TOURS@GMAIL.COM

PETA LOKASI

KELANTAN