Thursday, 25 May 2017

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar. Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tinjau Tambatan Di Raja.


tok-bali

Tidak ramai yang mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Ada yang kata ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali Indonesia. Namun, cerita yang popular sejak dahulu ia diberi nama bersempena seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu yang karam sebelum terdampar di pesisiran. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemuinya dan mempelawa nelayan dari Bali tersebut tinggal di situ untuk beberapa tahun sebelum balik semula ke Bali. Dari situlah, kawasan tersebut di beri nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia.Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basar Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong. 


Taman Air Splash di Taman Indera Petra Kelantan

Taman Air Splash ini satu-satunya taman air yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga di Kelantan. Taman ini terletak di Taman Indera Petra Kota Bharu (bersebelahan Kota Darul Naim) yang sangat dicadangkan untuk anda berkunjung seisi keluarga dengan membawa anak anda mandi sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu.


Pantai Cahaya Bulan

Pantai yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi (PCB) ini adalah pantai yang paling digemari kerana ia merupakan antara tempat perkelahan yang paling dekat dengan bandar Kota Bharu, lebih kurang 10km sahaja.


Pintu Utama Taman Tengku Anis

Taman Tengku Anis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu. Kira-kira 5Km dari pusat bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kelantan (JKKN) dan juga berhampiran Tutti Frutti di Queens Park Boulevard.

No comments:

Post a Comment